Perak Hari Ini

Idea Kempen PRU14 Meriahkan Suasana!

Selain ceramah dan kempen, pilihan raya umum suasana pilihan raya pastinya tambah hangat dengan pemasangan bendera parti di sekitar kawasan bertanding.

Cuba anda perhatikan sekitar kawasan anda mahu pun laman sosial, ramai yang berkongsi gambar bendera parti yang dihias atau direka pelbagai rupa dan kreatif.

Peraktoday sendiri turut menemui pelbagai tindakan kreatif parti politik bendera sepanjang kempen PRU14 yang akan berlangsung pada 9 Mei ini.

Berikut antara gambar menarik yang turut menjadi tular di media sosial yang mana bukan sahaja bendera pelbagai idea kreatif timbul seperti kereta kebal Pas, insiden bendera terbalik dan dirosakkan juga berlaku.

Selain itu, bendera ini juga dipasang di pintu gerbang yang besar, jala, bendera gergasi dan digantung secara sarat sepanjang jalan masuk sesuatu kawasan.

Selain bendera dan replika, papan iklan besar dengan mesej PRU oleh parti tertentu juga mendapat perhatian pengundi dipasang sepanjang jalan.

Tidak dinafikan usaha kreativiti dan inovasi petugas dan peyokong dari setiap parti ini dalam memperkasa kuasa masing-masing sememangnya harus dihargai dan diberikan pujian kerana tanpa sentuhan ini pastinya PRU kelihatan suram.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");