Perak Hari Ini

Imigresen Serbu Tiga Lokasi Termasuk Hotel Di Ipoh

IPOH:Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perak semalam telah berjaya menahan 27 orang pendatang tanpa izin (PATI) di tiga lokasi berbeza sekitar Bandaraya Ipoh.

Pengarah Imigresen negeri, Kamaluddin Ismail berkata tiga operasi mega 2.0 melibatkan operasi gegar, operasi belanja dan jaja itu dijalankan sekitar jam 2.30 petang hingga 7.30 petang semalam.

“Tiga lokasi  operasi melibatkan lokasi pertama di hotel yang mana kita telah memeriksa 30 orang dan buat tangkapan sebanyak 20 orang.

“Manakala lokasi kedua bertempat di kedai runcit di Klebang dimana pihak Imigresen telah memeriksa enam orang dan menangkap sebanyak empat orang manakala di lokasi ketiga di gerai makan di Taman Risya seramai 7 orang disiasat dan tangkapan melibatkan tiga orang,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Katanya, bagi lokasi pertama iaitu hotel tiga tingkat di Bandaraya Ipoh pihak Imigresen menahan enam lelaki dan 14 perempuan terdiri daripada 8 perempuan warganegara Thailand, 5 warganegara Indonesia dan seorang warganegara Laos.

Turut ditahan empat lelaki warganegara Bangladesh, seorang warganegara Nepal dan seorang lelaki Malaysia disyaki pelanggan dan penjaga kepada wanita yang disyaki berkerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) berada di dalam bilik hotel tersebut ketika pemeriksaan.

“Kesemua mereka disyaki sedang menjalankan aktiviti tidak bermoral dan akan disiasat dibawah peraturan 3(B) salah guna pas Seksyen 61C tanpa pas yang sah 15(1)(C) tinggal lebih masa manakala bagi rakyat Malaysia itu disiasat 56(1)(D) kerana melindungi pati,” katanya.

Pemeriksaan turut menjumpai pelbagai bukti seperti kondom dan sebagainya yang membuktikan terdapatnya kegiatan tidak bermoral.

“Tangkapan kedua kedai runcit kita menahan 4 lelaki Indonesia atas kesalahan salah guna pas dan tinggal lebih masa, 3 perempuan Indonesia dan satu Sri Lanka turut disiasat bagi kesalahan yang sama dan jika sabit kesalahan boleh  dihukuman penjara,denda dan sebatan,” katanya.

Ketiga-tiga operasi tersebut, dijalankan serentak hasil maklumat orang ramai yang dipercayai telah bergiat aktif selama ini.

“Risikan dijalankan selama seminggu dan tangkapan melibatkan umur sekitar 21 tahun hingga 43 tahun, terdapat beberapa bilik dibuka secara paksa,” katanya.

Pihak Imigresen katanya akan meneruskan operasi walaupun pada bulan Ramahdhan dan meminta orang ramai dan pihak tertentu tampil memberikan maklumat.

Katanya lagi, setakat 1 Januari hingga 15 Mei ini sebanyak 230 operasi telah dilaksanakan pihak Imigresen negeri melibatkan tangkapan pati sebanyak 706 orang dan 23 majikan yang tediri daripada rakyat Malaysia bagi Negeri Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");