Berita Hari Ini

Ini Alasan Tun M Mengapa HSR Dibatalkan

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan justifikasi kos perbelanjaan yang terlalu tinggi bagi pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) untuk mewujudkan ribuan peluang pekerjaan tidak efisien.

Menurutnya, itu antara penilaian menjadi faktor pembatalan projek HSR dari Kuala Lumpur ke Singapura dan kerajaan sedang meneliti langkah lebih baik yang patut diambil.

“Untuk membelanjakan antara RM 60 billion hingga RM 100 billion ringgit hanya untuk mewujudkan ribuan peluang pekerjaan, ia tidak begitu efisien.

“Kita sedang meneliti dan mengkaji pendekatan lebih baik,” katanya selepas selesai menunaikan solat tarawih di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam, sebagaimana dilaporkan Sinar Online.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mendakwa, kerajaan tidak wajar membatalkan projek HSR memandangkan projek mega itu berpotensi mewujudkan ratusan ribu peluang pekerjaan apabila siap sepenuhnya.

Najib menyatakan, unjuran yang terkandung dalam laporan berkenaan yang pernah dilihatnya menunjukkan manfaat ekonomi sehingga RM650 bilion bagi pendapatan kasar perkapita negara (GNI) sehingga 2069.

“Manakala akan wujud 110,000 peluang pekerjaan dan ia diunjurkan akan meningkat sehingga 442,000 menjelang 2069,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");