Berita Hari Ini

Ismail Kassim MB Perlis

ALOR SETAR – BN Perlis mencadangkan Adun Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim sebagai calon Menteri Besar yang baharu selepas BN beroleh mandat mentadbir negeri itu.

Pengumuman itu dibuat Pengerusinya, Datuk Seri Shahidan Kassim pada sidang media, di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, hari ini.

Ismail merupakan adik kepada Shahidan yang turut bergiat aktif dalam politik sejak beberapa penggal.

“BN Perlis telah menyerahkan surat makluman kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail sekitar 11.30 pagi tadi. Saya telah sampaikan surat bagi pihak BN kepada Tuanku mengikut perlembagaan ditetapkan,” katanya lapor Sinar Harian.

Menurutnya, pelantikan itu mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

“Menteri Besar dilantik kalangan seorang yang telah mendapat sokongan majoriti anggota dewan.

“Tarikh mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis akan diputuskan pihak Istana dalam masa terdekat,” katanya.

Pada PRU14, Ismail menang kerusi Dun Tambun Tulang dengan majoriti 1,180 menewaskan calon PKR, Maton Din dan A Bakar Ali (Pas).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");