Sukan Hari Ini

Jaga Jaga Neymar Hampir Kembali

LONDON: Bintang Brazil, Neymar kini kian cergas untuk kembali pulih daripada kecederaan patah kaki pada sesi latihan yang berlangsung di London, jelas rakan sepasukannya, Danilo

Penyerang Paris Saint Germain (PSG) itu mengalami kecederaan Februari lalu dan tidak pernah beraksi sejak diketepikan ketika Piala Dunia akan mula membuka tirainya, dua minggu lagi.

“Dia menjadi bertambah baik dari hari ke hari, bertambah pantas dan tangkas sekali gus lebih sukar untuk ditandingi,” kata Danilo yang pernah beraksi bersama Neymar ketika berada di Santos sebelum ini.

“Dia begitu pantas sehingga anda tidak tahu dia akan pergi ke kanan, kiri, ke depan ataupun ke belakang,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kelicikan bekas penggempur Barcelona itu.

“Kami mengharapkan dia dapat bersedia 100 peratus atau bersedia sepenuhnya menjelang aksi di Russia nanti.”

Brazil akan menguji Croatia di Liverpool, Ahad ini sebelum bertemu Austria di Vienna pada 10 Jun sebelum membuka kempen Piala Dunia bertemu Switzerland, 17 Jun ini.-AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");