Jenayah

Jamal Yunos Hilangkan Diri Dari Hospital

AMPANG: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos dilaporkan menghilangkan diri dari Hospital Pakar Ampang Puteri, di sini, semalam.

Beliau sebelum ini didakwa atas tuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak, tahun lalu, ketika menerima rawatan di hospital sama sekitar jam 10.45 pagi, pada Jumaat.

Difahamkan kehilangan Jamal disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang datang ke hospital itu pada jam 5.30 petang.

Jamal dikatakan tiada di bilik wad, namun peguam dan penjaminnya masih berada di hospital berkenaan.

Peguam Jamal mendakwa anak guamnya didapati hilang sejak jam 3 petang selepas kesnya didengar Majistret Raja Noor Dilla Raja Mahyaldin dan diberi jaminan sebanyak RM3,000.

Susulan itu, operasi sekatan jalan raya dilakukan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi mengesan Jamal.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Beliau (Jamal) didakwa atas tiga pertuduhan hari ini di hospital berkenaan dan pihak Majistret menawarkan ikat jamin RM3,000 untuk setiap kes.

“Sementara proses dokumentasi jaminan mahkamah sedang berjalan, Jamal sudah meninggalkan kawasan hospital terbabit.

“Beliau akan dihubungi semula untuk menyelesaikan proses dokumentasi jaminan mahkamah berkenaan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");