Sukan Hari Ini

Jangan Buat Kesilapan Mudah

IPOH – PKNP berazam melakarkan kemenangan ke atas Selangor di Stadium Negeri Batu Kawan, bagi meneruskan momentum positif saingan Liga Super.

Pengendalinya, Abu Bakar Fadzim berkata, kemenangan penting sebagai bekal semangat bagi mengharungi baki saingan liga.

Justeru menurutnya, kesemua pemain diharap dapat mengekalkan fokus di sepanjang perlawanan selain mengelakkan melakukan sebarang kesilapan yang boleh mengundang padah kepada pasukan.

“Kita nak teruskan momentum kemenangan kita. Selepas tempoh rehat sebelum ini kita perlu konsisten dalam saingan Liga Super dan juga Piala FA khususnya untuk elakkan sebarang kekalahan.

“Bagaimanapun perlu diingatkan bahawa biarpun kedudukan Selangor di bawah PKNP, kita tetap tidak boleh ambil mudah.

“Apa pun sasaran kita adalah untuk mencatatkan kejayaan dan jarakkan sejauh mana mata yang diperolehi daripada pasukan lain dan kita mahu pastikan kita bukan lagi bersaing dalam kelompok bawahan,” katanya lapor Sinar Harian.

Abu Bakar berkata demikian bagi mengulas persiapan PKNP menjelang aksi berdepan Selangor di Stadium Batu Kawan, malam ini.

Sementara itu pada masa sama, Abu Bakar juga berharap supaya dua pemain import baharu PKNP, Kim Sang Woo, 24, bekas pemain skuad Gyeong Nam FC dan juga pemain yang pernah beraksi dalam Liga Mesir, Karl Max Dany, 32 dapat diturunkan dalam perlawanan penting ini.

Katanya, PKNP hanya menunggu sijil perpindahan antarabangsa (ITC) serta dokumen berkaitan sebelum kedua-dua pemain berkenaan boleh beraksi.

“Kita harap semua proses, terutama mengenai sijil ITC kedua-dua pemain ini dapat diperolehi segera dan mereka boleh diturunkan pada perlawanan menentang Selangor,” katanya.

Dalam aksi pusingan pertama sebelum ini kedua-dua pasukan sekadar seri 1-1 selepas PKNP bangkit menjaringkan gol pada lewat permainan dalam aksi di Stadium Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");