Panasnya Hari Ini

Jangan peralat agama demi raih undi

KEMAMAN – Bekas menteri besar yang juga calon BN Dun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said mengingatkan semua parti yang bertanding tidak memperalatkan agama bagi meraih undi dalam PRU14 ini.

Ahmad berkata, tindakan memperalatkan agama bagi memancing undi adalah tidak wajar.

“Dalam PRU sebelum ini dah timbul isu kononnya kalau pangkah parti tertentu, masuk syurga dan sekarang ini isu ini dimainkan semula dalam PRU14 ini.

“Saya kesal dengan keadaan ini kerana ia tidak patutnya berlaku,” katanya ketika ditemui pada kempen beliau sempena Program Muafakat Peladang Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kijal di Dewan Terbuka Bukit Anak Dara, di sini, semalam.

Ketua Umno Bahagian Kemaman itu berkata, perkara lama yang dibangkitkan semula sebagai modal berkempen itu menunjukkan parti itu terdesak untuk mendapatkan sokongan.

“Jangan gunakan agama sampai tahap itu. Syurga adalah hak Tuhan, bukan hak kita,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad turut membidas manifesto Pas yang dianggap tidak logik terutama berkaitan tawaran cuti bersalin selama dua tahun.

“Kalau ada lima orang anak maknanya dapat cuti 10 tahun, siapa yang nak bayar gaji dan siapa yang nak bayar pencen. Tawaran ini langsung tak munasabah,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");