Panasnya Hari Ini

Jawatan 13 Ketua UMNO Bahagian di Pahang Ditandingi

KUANTAN: Jawatan Ketua UMNO Bahagian di semua bahagian di negeri ini kecuali Pekan bakal ditandingi bagi memilih pemimpin baharu dalam usaha memastikan parti terus kekal relevan dalam politik semasa.

Menurut sumber pejabat Perhubungan UMNO negeri, pemilihan kepemimpinan peringkat bahagian itu akan berlangsung dalam mesyuarat UMNO bahagian yang akan diadakan serentak di 14 bahagian, 30 Jun ini.

Katanya, sudah pasti bahagian yang menunjukkan prestasi buruk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bakal menyaksikan pertandingan untuk memilih pemimpin baharu menerajui bahagian berkenaan.

“Contohnya, bahagian Indera Mahkota, semua kerusi tewas dan kita percaya akan ada perubahan besar dalam bahagian itu.

“Untuk Paya Besar pula, memang akan ada pertandingan memandangkan Ketuanya, Datuk Seri Abdul Manan Ismail meninggal dunia pada 12 Februari lalu dan timbalannya, Datuk Sohaimi Jusoh juga meninggal dunia hujung tahun lalu,” katanya.

Sumber berkata, semua ketua UMNO Bahagian sudah dimaklumkan mengenai tarikh untuk mengadakan mesyuarat masing-masing.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini dilaporkan berkata, mesyuarat UMNO di peringkat bahagian ditetapkan pada 30 Jun dan semua persidangan ini perlu dijalankan secara serentak dengan pemilihan parti di semua peringkat.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");