Sukan Hari Ini

JDT Kekal Di Puncak

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-0 dalam aksi Liga Super 2018 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

Kedua-dua gol JDT dijaringkan oleh Gonzalo Cabrera.

Pasukan tuan rumah bermula garang dengan beberapa asakan ke arah gawang Negeri Sembilan menerusi gandingan Cabrera, Harry Novillo dan Jorge Santos lapor Sinar Harian.

JDT hampir memecah kebuntuan menerusi Novillo pada minit ke-18, namun sepakan percuma olehnya berjaya digagalkan penjaga gawang pasukan pelawat.

Selepas beberapa kali melakukan percubaan, Skuad Harimau Selatan berjaya mendapatkan gol pertama menerusi Cabrera yang merembat kencang selepas menerima hantaran Nazmi Faiz pada minit ke-32.

Cabrera sekali lagi mencetak nama selaku penjaring apabila mudah memperdaya penjaga gol lawan dan melerakkan jaringan sejurus menerima hantaran daripada S Kunanlan pada minit ke-75.

Meskipun cuba mengasak pasukan tuan rumah, Negeri Sembilan tidak berjaya meraih sebarang jaringan sehingga wisel penamat ditiupkan oleh pengadil perlawanan.

Kemenangan itu menyaksikan JDT kekal berada di puncak liga dengan 28 mata hasil sembilan kemenangan dan satu seri selepas menempuh 11 perlawanan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");