Perak Hari Ini

Jelajah Kempen Zambry Dekat Pangkor Disambut Baik

PANGKOR: Kemesraan warga Pulau Pangkor dengan Menteri Besar Perak, yang juga penyandang kerusi kawasan berkenaan, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir jelas terlihat apabila sambutan yang sangat mengalakkan diterimanya pada siri jelajah kempen Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14), dekat sini, hari ini.

Jelas Zambry, ini juga merupakan sebagai bukti yang beliau kerap turun padang ke Pangkor dan tidak hanya muncul pada musim-musim pilihanraya sahaja.

Selepas sahaja bersarapan bersama-sama masyarakat setempat di Teluk Muroh, Lumut, Zambry kemudiannya bergerak ke Pulau Pangkor.

Ketibaanya disambut lebih 80 orang masyarakat Cina yang tinggal di Kampung Sungai Pinang Kecil dan Kampung Sungai Pinang Besar.

Beliau turut berkesempatan meninjau kawasan Tokong Cina, Foo Ling Kong, Sungai Pinang Besar.

Kemudiannya Zambry berkesempatan bertemu dengan peniaga-peniaga di Pekan Pangkor, dekat sini.

Usai sembahyang Jumaat di Masjid Teluk Raja Bayang, di sini, jelajah kempen PRU14 calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor dan Parlimen Lumut itu kemudiannya bergerak ke Kampung Teluk Dalam dan Kampung Tengah bagi meninjau dan beramah-mesra dengan penduduk setempat.

Kehadiran beliau yang diiringi lebih 50 orang peserta konvoi bermotorsikal itu disambut baik semua tempat, dan semua golongan masyarakat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");