Perak Hari Ini

Jumlah Hadirin Ceramah Tak Gambarkan Tahap Sokongan

SITIAWAN: Jumlah bilangan yang hadir ke program atau sesi ceramah itu tidak menggambarkan tahap sokongan pengundi sesuatu kawasan.

Mengambil contoh apa yang berlaku pada Pilihanraya Kecil Teluk Intan, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata walaupun jumlah kehadiran masyarakat setempat ke ceramah pembangkang adalah ramai namun, berlaku sebaliknya pada hari pengundian yang mana kemenangan berpihak kepada calon BN, Datuk Seri Mah Siew Keong.

Jelasnya, perkara ini juga akan berlaku di seluruh negeri, dalam Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) dimana kemenangan akan berpihak kepada BN, walaupun sesetengah kawasan itu didakwa sebagai ‘kubu’ pembangkang.

“Ada sebahagian besar pengundi ini merupakan kategori pengundi majoriti senyap. Dia mungkin hadir ke ceramah-ceramah pembangkang namun, sokongannya berbeza apabila tiba pada hari pengundian.

“Ini kerana mereka membuat penilaian yang terbaik ketika membuang undi,” katanya.

Tambahnya, beliau juga yakin bahawa BN mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi Parlimen Beruas dalam PRU14, daripada pihak pembangkang.

Zambry berkata demikian kepada pemberita dalam satu progam bertemu pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Astaka, di Kampung Koh, dekat sini, hari ini.

Pada PRU14, bagi kerusi Parlimen Beruas, calon BN, Pang Chok King akan berentap dengan Datuk Ngeh Koo Ham yang bertanding atas tiket PKR dan Mohamad Nazeer Hameed daripada Pas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");