Berita Hari Ini

Kabinet: PM Bincang Dengan Semua – Saifuddin

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sudah berunding dengan semua pemimpin komponen Pakatan Harapan (PH) sebelum memutuskan untuk mengumumkan sebahagian menteri Kabinetnya.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata ini termasuk berjumpa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang ketika ini dirawat di Wad Pusat Rehabilitasi Cheras di sini.

Beliau berkata, sebagai ketua kerajaan, pembentukan Kabinet adalah di bawah bidang kuasa Dr Mahathir.

“Pembentukan Kabinet adalah kuasa PM (Perdana Menteri). @chedetofficial berunding dengan semua pihak pada hari Jumaat, Jumaat malam, Sabtu dan jumpa @anwaribrahim (Anwar Ibrahim),” katanya menerusi Twitter beliau sebentar tadi.

Isu pelantikan menteri Kabinet ini timbul selepas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, menyatakan pelantikan beberapa menteri kanan yang diumumkan Dr Mahathir semalam belum muktamad.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu juga menyatakan perbincangan berkaitan pelantikan anggota Kabinet itu juga tidak dibincangkan secara bersama dengan PKR.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");