Berita Hari Ini

‘Kalau Jumpa Si Azrul Tu Saya Suruh Dia Pakai Cawat Besi’

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara individu yang memberikan maklum balas terhadap berita tular mengenai Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang ditegur oleh seorang pemanggil di talian dikenali sebagai Azrul berhubung penampilannya.

Syed Saddiq menerusi laman Instagram menzahirkan perasaan sinis beliau dengan berkongsi sekeping gambarnya bersama Nurul Izzah dengan menulis kapsyen menyatakan sekiranya beliau berjumpa dengan pemilik suara itu (Azrul), beliau memintanya memakai cawat besi di mata.

“Saya beritahu @n_izzah, kalau saya jumpa si Azrul tu saya suruh dia pakai cawat besi di mata. On a more serious note, I admire your strength, patience and perseverence YB. Sexism is real and threatens the moral fabric of our society. Speak up and fight it my fellow Malaysians,” tulis Syed Saddiq pada kapsyen di gambar tersebut.

Memetik laporan Sinar Online, derdasarkan tulisan tersebut, Ketua Pemuda Bersatu berkenaan dilihat tidak menyenangi insiden terhadap Nurul Izzah itu yang tular dan menjadi topik perbualan netizen di laman sosial.

Ia berkaitan insiden seorang pemanggil yang menegur cara pemakaian tudung Nurul Izzah secara live dalam sebuah program pada 22 Mei lalu.

Pemanggil yang memperkenalkan dirinya sebagai Azrul telah menegur cara pemakaian tudung ahli politik wanita berkenaan.

Sedutan pendek yang menunjukkan teguran berbaur sensitif itu kemudian tular di media sosial. Tindakan lelaki itu nyata mengundang kemarahan orang ramai terutamanya golongan lelaki.

Ada yang menyifatkan ia sebagai satu gangguan seksual.

Dari status yang sama, Syed Saddiq turut menzahirkan perasaan kagumnya terhadap kekuatan, kesabaran dan ketabahan Nurul Izzah berdepan dengan situasi tersebut.

Menerusi gambar yang dimuat naik itu juga, Syed Saddiq sempat berpesan bahawa seksisme adalah nyata dan mengancam moral masyarakat kita.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");