Membawang Hari Ini

‘Kami Dah Lama Berkawan’

KUALA LUMPUR: Pelakon Emma Maembong menafikan dakwaan kononnya mengambil kesempatan apabila memuat naik foto dirinya bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Instagram.

Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 26, menjelaskan, dia sudah tiga tahun mengenali Syed Saddiq sebelum beliau bergiat aktif dalam politik.

“Saya dikecam kononnya mahu mengambil kesempatan ke atas Syed Saddiq selepas memenangi kerusi Ahli Parlimen. Anda semua boleh tengok akaun Instagram saya di mana saya sebenarnya sudah lama berkawan dengan beliau.

“Kami mula berkawan apabila saya mengutus mesej kepada Syed Saddiq meminta beliau membuat kejutan pada majlis hari jadi pembantu peribadi saya yang menyukai ketokohannya berdebat.

“Syed Saddiq dengan rendah hati bersetuju melakukannya… Dari situlah kami mula berkawan,” katanya kepada BH Online.

Emma berkata, Syed Saddiq menyokong kerjaya seninya malah hadir pada majlis pelancaran filem dibintanginya, Kimchi Untuk Awak.

“Sebelum ini, apabila saya memuat naik foto bersama dirinya, tiada siapa kisah. Sekarang, apabila beliau sudah jadi Ahli Yang Berhormat, baru orang perasan,” katanya, sebagaimana dilaporkan BH Online.

Dalam perkembangan lain, Emma yang ditemui pada sidang media Mood Republik di sini, menafikan dirinya bercinta dengan teman seperjuangan, Alvin Chong.

Pelakon drama Awak Suka Saya Tak ini enggan terlalu memikirkan soal cinta, sebaliknya fokus kepada dunia lakonan dan perniagaan. Malah, kisah hubungannya dengan Kamal Adli juga enggan diulas lagi.

Bagi Emma, Kamal adalah sahabat baiknya.

“Saya tidak lagi memikirkan soal kahwin, sekarang sudah tiada apa yang mahu diperkatakan mengenai kisah peribadi saya. Saya masih lagi berkawan dengan Kamal dan keluar bersama.

“Kalau sampai masanya ada yang masuk meminang dan ajak saya berkahwin, saya akan berkahwin. Tapi sekarang saya tidak lagi berharap dan hanya berserah,” katanya.

Tambah Emma, ibunya turut membantu perniagaan yang diusahakannya bersama adik-beradik yang lain.

“Disebabkan itulah saya lebih fokus kepada perniagaan,” katanya.

Sementara itu, Emma bakal memasuki set penggambaran drama terbitan Astro Oasis, Cinta Kelas Satu.

“Biarpun bulan Ramadan, saya akan sibuk dengan penggambaran. Bukan tahun ini saja, malah setiap tahun saya tidak berehat pada bulan puasa,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");