Berita Hari Ini

Kekalkan keamanan Malaysia: Mufti

SHAH ALAM – Rakyat digesa supaya menghargai dan mengekalkan keamanan yang dinikmati negara ketika ini.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, amat malang jika rakyat hidup dalam negara yang kucar-kucar.

“Sebenarnya negara kita berada dalam keamanan yang tinggi berbanding negara lain. Satu kewajaran dan kemestian untuk kita mensyukuri nikmat aman ini.

“Keamanan ini sepatutnya kita junjung dan kita julang. Peliharalah keamanan kerana amat bahaya dan rugi bagi negara yang tidak aman,” katanya dalam video bertajuk PRU14: Pilihan raya dan Keamanan, yang dimuat naik di Facebook beliau, kelmarin.

Zulkifli berkata, negara yang tidak aman juga akan menyebabkan rakyatnya ditimpa pelbagai masalah.

“Masyarakatnya dalam keadaan huru-hara, ketakutan dan dihimpit kesukaran untuk meneruskan kehidupan, justeru hargailah keamanan,” katanya.

Menurutnya, rakyat perlu menjaga tata susila dan menyalurkan emosi serta amarah menggunakan saluran terbaik.

“Ini untuk memastikan agar kita sentiasa mengikat ukhuwah, sifat persaudaraan dan memelihara keharmonian negara kita. Insya-ALLAH dalam apa juga badai, ombak dan gelombang yang berlaku, maka sebuah ketabahan, kesabaran dan juga rasional akal hendaklah kita daulatkan, kita junjung.

“Insya-ALLAH pasti kita capai kehidupan terbaik. Kita harap negara kita tetap menjadi negara yang baik dan memperoleh keampunan daripada Tuhan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");