Panasnya Hari Ini

Kekuatan jentera BN tidak terjejas dengan fitnah pembangkang

KEPALA BATAS – Kekuatan jentera BN untuk PRU14 tidak akan terjejas dengan fitnah yang dilemparkan parti pembangkang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, kekuatan BN tidak akan terhakis dengan penipuan-penipuan yang dilemparkan ke atas mereka oleh pembangkang semata-mata untuk mendapat undi.

“Saya yakin kita tidak mudah dirungkai kerana BN ada kekuatan di sini dan di seluruh negara,” katanya dalam ucapan ketika Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di sini hari ini.

Beliau juga berkata, badan antarabangsa telah membuat kajian bahawa manifesto pembangkang tidak boleh dilaksanakan dan apa yang diberi mereka hanya berupa janji palsu.

Najib berkata, pembangkang cuba menggunakan permainan politik apabila mendakwa ceramah mereka di Putrajaya baru-baru ini dibanjiri penjawat awam.

Namun, pengerusi BN itu berkata, pemerhatiannya melalui media sosial tidak mendapati ceramah itu dihadiri oleh muka-muka penjawat awam, sebaliknya orang luar yang ramai.

“Siapa kata ceramah perjumpaan BN tiada sambutan… kita tak mai (datang) hantar orang ke kawasan, bukan seperti pembangkang buat hantar bas orang luar untuk hadir ceramah di Putrajaya,” kata Najib.

Katanya, mereka sebenarnya cuba membuat penipuan politik dan sanggup membuat apa sahaja untuk mencapai matlamat.

“Saya meminta rakyat agar jangan percaya apa yang dicakapkan mereka,” katanya.

Beliau juga yakin bahawa BN akan dapat mengekalkan kerusi Parlimen Kepala Batas dan tiga kerusi Dun Bertam, Penaga dan Pinang Tunggal di bawahnya kerana pengundi di kawasan itu yakin kerajaan di bawah pimpinan BN sentiasa membela nasib golongan yang memerlukan.

“Saya yakin kawasan Pak Lah ini akan disambung oleh Reezal (Merican) dan rakan-rakan BN dengan kemenangan 4-0,” katanya.

Antara yang turut hadir pada majlis itu adalah calon BN Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman, Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow dan calon-calon BN negeri.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");