Perak Hari Ini

Keluhan Rakyat Terhadap Harga Barangan Mahal

IPOH: Dalam kemeriahan menyambut bulan Ramadan, terdengar juga keluhan rakyat berikutan kenaikan harga barangan yang dikatakan bermula beberapa minggu lalu.

Izaidi Che Ros, 34 berkata dirinya seolah-olah merasa tertipu apabila terdapat segelintir peniaga yang sengaja menjual ikan sejuk beku, sama dengan harga ikan segar.

Ujarnya, ikan kerisi yang saiznya agak kecil dan dikenakan harga sebanyak RM17 itu sebagai suatu tindakan yang kurang munasabah .

“Seperti harga bagi daging. Saya beli daging segar pada harga RM32. Daging sejuk beku Rm24. Saya harap ianya dapat di seragamkan dengan barangan makanan lain.

“Ada juga peniaga yang tidak mempamerkan harga barangan yang dijual. Ia membuatkan saya tertanya-tanya harganya. Diharap pihak berkuasa dapat terus membuat pemantauan terhadap hal ini,” katanya kepada Perak Today yang ditemui di Pasar Besar Ipoh, dekat sini, pada Ahad.

Selain itu, Norazita, 50, berkata harga barangan keperluan yang naik sangat membebankan dirinya.

Beliau yang dikurniakan tiga orang cahaya itu juga mengakui langkah penjimatan yang ketara harus dipraktikkan bagi memastikan kelangsungan barangan makanan kepada keluarganya mencukupi.

Dalam pada itu, Azizan Latip, 64 juga senada dengan Norazita yang mana beliau mengatakan kenaikan harga barangan semasa ini akan memberi impak yang besar kepada masyarakat umum, khususnya golongan yang kurang berkemampuan.

“Sebelum ini, saya dapati harga daging ayam berada dalam sekitar RM6.00. Pada bulan puasa ia berada pada RM7.00 dan hari ini, RM8.50. Ia naik mendadak,” tegasnya.

Beliau yang merupakan pesara kerajaan dari Putrajaya itu turut menggesa pihak kerajaan serta pihak berkuasa dapat mencari satu solusi bagi menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");