Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Lulus Peruntukan Atasi Masalah Banjir Di Chenderiang

TAPAH:Sejumlah RM350,000 peruntukan telah diluluskan sebagai langkah segera mengatasi masalah banjir di beberapa kawasan di DUN Chenderiang.

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata peruntukan tersebut melibatkan pembinaan pagar kawalan banjir dan proses meninggikan ban.

“Hasil maklumat Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri mendapati masalah banjir berpunca daripada masalah sungai yang cetek namun tindakan segera telah diambil selain membantu mangsa banjir.

“Kita telah menerima ulasan dan pandangan daripada jabatan saliran untuk membina pagar kawalan banjir dan meninggikan ban,” katanya selepas menghadiri sesi dialog dan pemberian bantuan kepada 29 keluarga mangsa banjir di Kampung Pahang di sini hari ini.

Beliau yang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang berkata projek yang sedang berjalan itu adalah langkah jangka masa pendek dan pelbagai tindakan perlu diambil termasuklah mendalamkan sungai  yang memerlukan pemantauan dari semasa ke semasa.

“Projek ini melibatkan sepanjang Sungai Geruh dan Sungai Karma dan akan membantu penduduk di sepanjang jalan Pahang dan Highland Park .

“Bagaimanapun kita masih perlukan peruntukan sejumlah RM150,000 lagi bagi menyelesaikan masalah di kampung Bikam dan masih mencari peruntukan untuk menyelesaikan masalah dikawasan itu,”katanya.

Jelasnya lagi, Kerajaan Negeri akan bantuan berkaitan masalah banjir mengikut kemampuan dan keperluan setiap kawasan yang terjejas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");