Berita Hari Ini

Kerajaan Tidak Akan Beli Proton

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan kerajaan tidak berhasrat membeli semula syarikat kereta nasional, Proton Holdings.

Menurut PM Mahathir, Proton kini dimiliki oleh hartawan, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

“Proton adalah milik Syed Mokhtar. Sama ada dia nak beli balik atau tidak, itu terpulang kepada beliau. Kerajaan tidak berhasrat untuk beli balik Proton,” katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Putrajaya, hari ini lapor Astro Awani.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menjual pegangan 49.9 peratus saham kerajaan dalam Proton kepada Geely dari China tahun lalu.

PM Mahathir turut memaklumkan, buat masa ini meskipun harga pasaran minyak dunia meningkat namun, kerajaan akan tetap mengekalkan harga semasa petrol di stesen minyak.

Bagaimanapun katanya, kerajaan masih belum membincangkan isu subsidi minyak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");