Berita Hari Ini

Ketenteraman Negara Terkawal, Tiada Kekecohan – KDNKA

KUALA LUMPUR: Ketenteraman negara dilaporkan dalam keadaan terkawal daripada sebarang insiden tidak diingini selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Zulkifli Abdullah, berkata hingga jam 2 petang tadi, polis tiada menerima sebarang laporan kekecohan tercetus ataupun perhimpunan oleh penyokong parti politik.

“Dari semalam hingga jam 4 pagi tadi, kita memang ada menerima laporan berlaku kekecohan kecil oleh penyokong beberapa parti yang tidak mahu bersurai selepas diarahkan berbuat demikian di beberapa lokasi di dalam negara.

“Bagaimanapun, keadaan terkawal apabila mereka akhirnya akur dengan arahan polis,” katanya.

Zulkifli berkata, semua anggota polis ditugaskan pada PRU-14 masih diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan bersiap sedia, sekali gus akan bertindak jika berlaku sebarang kekacauan.

“Mereka akan bertugas sehingga kerajaan baharu negara ini dibentuk dan situasi disahkan aman,” katanya lapor Berita Harian.

Beliau berkata, pihaknya juga berharap orang ramai, terutama penyokong parti politik supaya menerima keputusan PRU-14 dengan hati terbuka.

“Kita berharap orang ramai dapat mengekalkan kesejahteraan negara dan tidak berhimpun di mana-mana lokasi sebagai tanda protes sama ada terhadap kerajaan terdahulu mahupun yang baharu dibentuk,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");