Perak Hari Ini

Kita Tak Bawa Calon Luar Ke Bagan Serai- DS Zambry

BAGAN SERAI:Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengakui susunan dua muka baru, dua penyandang merupakan satu kombinasi yang seimbang calon Barisan Nasional (BN) kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Serai.

Katanya,calon BN P058 Bagan Serai, calon BN kerusi Parlimen Datuk Dr Noor Azmi Ghazali serta Dun, N10 Alor Pongsu Datuk Sham Mat Sahat, N11 Gunong Semanggol, Zaini Cha dan N12 Selinsing Mohamad Nor Dawoo merupakan calon tempatan dan bukannya calon luar.

“Calon-calon kita ini adalah anak tempatan kita tak bawa calon dari luar untuk bertanding di Bagan Serai mereka adalah anak-anak Bagan Serai yang tahu tentang keadaan Bagan Serai apa yang perlu mereka untuk Bagan Serai bukannya calon import yang dibawa daripada luar untuk bertanding di Bagan Serai.

“Saya harap dengan calon-calon Bagan Serai ini akan dapat memberikan perkhidmatan baik kepada anda,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis penyampaian Hak milik Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Batu 38/40 Jalan Keretapi, Mukim Beriah, & PSKT Kuala Gula Mukim Kuala Kurau bertempat di Dewan Komuniti Bagan Serai hari ini.

Terdahulu seramai seramai 84 orang menerima hak milik bagi RTB Batu 38/40 Jalan Keretapi,Mukim Beriah Daerah Kerian telah diluluskan pada 12 Disember 2012  berkeluasan 466.9 ekar yang mana telah diusahakan oleh peserta dengan tanaman kelapa sawit sejak tahun 2012.

Manakala sebanyak 84 hakmilik akan diberikan pada 1 Mei 2018 di Majlis Penyampaian Hakmilik RTB Batu 38/40 yang akan disempurnakan Datuk Dr Zambry Abd Kadir.

Sebanyak 44 hak milik belum boleh diberikan kerana beberapa perkara antara juruukur dan peserta masih lagi belum selesai.

Bagi penempatan semula kampung tradisional (PSKT) Kuala Gula turut melalui proses pengambilan balik tanah yang dbuat oleh Pejabat Tanah bagi sebahagian lot 4583 dan bayaran pampasan daripada pengambilan balik tanah ini dibayar oleh peserta-peserta.

Pengambilan ini adalah sebagai jalan keluar bagi mengatasi masalah perumahan yang semakin mendesak di Kuala Gula.

PSKT Kuala Gula yang telah diluluskan melibatkan 193 lot. 169 lot kediaman,bangunan kediaman dan 24 lot perniagaan dan bangunan kedai.

Jelas Zambry pemberian hak milik kali ini adalah bukti usaha wakil rakyat BN untuk menyelesaikan masalah penduduk setempat.

“Usaha memberikan hak milik adalah usaha daripada kerajaan BN ada pihak yang berjanji itu dan ini tetapi kita telah melaksanakan tugas membantu menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");