Isu Panas

KJ Selar Portal Manipulasi Kenyataannya

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin menyelar artikel yang disiarkan sebuah portal yang mendakwa beliau akhirnya memecahkan rahsia mengenai syarikat pelaburan strategik, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata, beliau menafikan laporan yang disiarkan vharian.blogspot.my bertajuk ‘Memang ada petanda Najib menyeleweng – KJ akhirnya pecah rahsia 1MDB’.

Katanya, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian sebaliknya kenyataan asal menerusi temubual bersama Channel News Asia (CNA) dimanipulasi oleh portal berkenaan.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya laporan itu kerana ia bersifat fitnah dan dilihat cuba melaga-lagakan saya dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Dalam temubual dengan CNA beberapa hari lalu, saya ada menyebut seluruh kepimpinan dan ahli UMNO serta BN telah terkhilaf dengan tindakan kami yang gagal menasihati Najib mengenai penolakan rakyat terhadap gagasan politik yang diketuai beliau sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Itulah petanda penolakan yang saya maksudkan, dan tidak pernah sesekali saya mengatakan bahawa saya telah nampak penyelewengan dalam hal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti tajuk berita portal terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, sebagaimana dinyatakan BH Online.

Beliau juga menegaskan pihak polis sedang melakukan siasatan menyeluruh terhadap kes terbabit dan Najib sebagai bekas Perdana Menteri wajar dihormati selagi tidak didapati bersalah.

Khairy berkata, selaku Pengerusi Pemuda BN, beliau menyeru semua pihak supaya tidak menerbitkan berita atau kenyataan palsu berkenaan 1MDB.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");