Berita Hari Ini

KKM perluas bayaran atas talian

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) memperluaskan penggunaan pembayaran atas talian, e-pembayaran, di 957 Klinik Kesihatan seluruh negara untuk memudahkan transaksi pembayaran.

Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min berkata, program itu dilaksanakan secara berfasa bermula 12 klinik di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta 45 klinik di Selangor bermula bulan ini.

“Pada masa ini, bayaran perkhidmatan kesihatan diberikan di Klinik Kesihatan boleh dibuat secara tunai sahaja di kaunter-kaunter pendaftaran.

“Bagaimanapun, selaras seruan kerajaan agar Malaysia menjadi negara ‘masyakat tanpa tunai’ mulai 2050, kementerian telah mengambil inisiatif memperkenalkan kaedah bayaran bil secara e-pembayaran di klinik-klinik kesihatan,” katanya ketika merasmikan pelaksanaan program itu di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur di sini hari ini.

Program dilaksanakan dengan kerjasama RHB Islamic Bank Bhd itu turut dihadiri Pengarah Urusannya, Datuk Adisadikin Ali.

Chaw Min berkata kaedah pembayaran secara atas talian telah disediakan di 115 hospital, satu Pejabat Kesihatan Daerah dan empat institusi kesihatan terpilih di seluruh negara.

Katanya, bagi tempoh Januari sehingga Mac tahun ini, sebanyak RM3.14 juta kutipan telah dicatatkan melalui bayaran dalam talian menerusi 4,550 transaksi di semua institusi tersebut.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");