Perak Hari Ini

Klinik Kesihatan Manjoi Bakal Siap Mac 2020

IPOH: Sebuah klinik kesihatan yang dijangka siap pada Mac 2020, akan memberi manfaat kepada 40,000 orang penduduk setempat yang tinggal di kawasan perkampungan Melayu, Manjoi, dekat sini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ianya juga sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan masalah kesesakan jumlah pesakit di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Jelasnya, kerja-kerja pembinaan Klinik Kesihatan Manjoi itu telah pun berjalan seawal 6 Mac yang lalu.

“Ini adalah salah satu hasil perbincangan dengan kerajaan persekutuan yang mana dalam usaha kita menambah-baikkan lagi perkhidmatan kesihatan di Perak.

“Selain Manjoi, ada beberapa tempat lain yang telah mendapat peruntukkan tambahan bagi usaha ini antaranya, pembinaan hospital baharu di Parit Buntar, di Manjung dan juga Seri Iskandar,” katanya.

Tambah Zambry, pembinaan klinik kesihatan tersebut juga merupakan hasil usaha penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi penggal lalu, Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin yang sering disuarakan dalam sesi-sei sidang DUN.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Klinik Kesihatan Manjoi di tapak projek di Manjoi, dekat sini, pada Sabtu.

Turut hadir, calon Barisan Nasional (BN) DUN Manjoi, Mohamad Ziad; Pemangku Ketua Bahagian UMNO Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah, serta Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Ding Lay Ming.

Klinik Kesihatan Manjoi yang mempunyai lima tingkat itu bakal menyediakan beberapa perkhdimatan antaranya, pemeriksaan kesihatan, kemudahan X-ray, perkhidatan pergigian, rehab dan sebagainya.

Difahamkan ia dibina bagi menggantikan klinik kesihatan lama yang telah beroperasi semenjak tahun 1971 .

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");