Sukan Hari Ini

Klopp Hormat, Kagumi Zidane

KIEV: Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp melontarkan rasa kagumnya kepada Zinedine Zidane hanya sehari sebelum aksi final Liga Juara Juara yang menyaksikan pasukannya turun dengan misi menghalang Real Madrid merangkul trofi berprestij itu buat kali ketiga berturut-turut.

Zidane membawa Real Madrid muncul juara dalam dua edisi terdahulu dan bakal mencipta sejarah jika dia menjadi jurulatih pertama memenangi kejuaraan terbabit untuk tiga tahun berturut-turut.

“Jika ramai orang berfikir bahawa Zinedine Zidane tidak tahu banyak perkara mengenai taktikal – kerana ramai juga yang memikirkan saya sebegitu – ia adalah satu perkara yang kelakar,” kata Klopp pada sidang media di Stadium Olimpik Kiev, sebagaimana dilapokran BH Online.

Hanya dua pengurus yang pernah memenangi tiga kejuaraan Eropah iaitu bekas pengurus Liverpool, Bob Paisley dan juga Carlo Ancelotti, yang turut membawa Real Madrid meraih kejuaraan sama ke atas Atletico Madrid pada 2014.

Klopp berkata ‘bagi saya, Zidane adalah antara lima pemain terbaik dalam sejarah bola sepak.’

“Sejak dua tahun setengah lalu, saya berada lebih lama di Liverpool berbanding dia di Real Madrid namun dia kini berpeluang memenangi Liga Juara Juara buat kali ketiga.

“Anda harus jangkakan dia adalah seorang yang bijak, sama seperti ketika dia masih bergelar pemain. Pemainnya juga dilihat seperti sudah biasa mara ke final pertandingan ini.

“Saya ada rasa hormat yang tinggi kepadanya. Dia memiliki banyak pengalaman dan satu fenomena apabila melihat apa yang sudah dia lakukan sepanjang kariernya.

“Adakah kami sama? Tidak, kerana semua orang berbeza tetapi saya menghormatinya.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");