Berita Hari Ini

KM Melaka Bukan Pengikut Syiah – Mufti

MELAKA: Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil berkata Adly Zahari berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah dan laporan yang tular dalam media sosial yang mengaitkannya dengan ajaran Syiah adalah tidak benar.

“Saya sebagai mufti kerajaan negeri telah bertemu sendiri dengan Ketua Menteri Melaka itu berhubung dakwaan yang mengaitkannya dengan ajaran Syiah dan setelah mendapatkan keterangan yang jelas daripadanya saya berpuas hati,” ujarnya.

Abdul Halim berkata, menerusi perjumpaan itu Adly menegaskan beliau dididik dan dibesarkan serta berpegang pada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berpandukan Al-Quran, Hadith, Ijmak dan Qiyas.

Beliau berkata Adly juga berpegang kepada prinsip akidah Al-Asyairiyah, Al-Mathuridiyyah, Fiqh Syafi’eyah dan Taswauf Ahlak Imam Al-Ghazali.

“Berkaitan gambar yang ditularkan di media sosial yang mengaitkan beliau dengan pengikut Syiah Adly menjelaskan bahawa gambar itu diambil ketika beliau mengadakan lawatan ke beberapa negara Timur Tengah beberapa tahun lepas,” katanya, sebagaimana dilaporkan Bernama.

Menurut Abdul Halim kata-kata hikmah yang dikongsi Adly di media sosialnya pula mempunyai mesej dan makna baik serta boleh dijadikan motivasi untuk dikongsikan.

Justeru, katanya masyarakat Islam hendaklah sentiasa mengamalkan kaedah bertabayyun iaitu menyelidik atau mengkaji terlebih dahulu sebelum menyebarkan sesuatu perkara yang tidak jelas dan belum pasti khususnya menerusi media sosial.

Beliau berkata kaedah berkenaan perlu menjadi amalan hidup setiap umat Islam bagi mengelak timbulnya sebarang kontroversi atau menjadi polimik masyarakat khususnya melibatkan isu sensitif.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");