Jenayah

Kren Mudah Alih Runtuh Di Masjidil Haram

MAKKAH, ARAB SAUDI: Sebahagian daripada kren mudah alih yang digunakan untuk kerja pembinaan di Masjidil Haram di Makkah runtuh, semalam.

Pemandu kren terbabit mengalami cedera ringan, namun tiada kecederaan lain dilaporkan.

Gabenor Makkah dalam satu kenyataan memaklumkan lokasi kejadian itu bukan kawasan untuk solat dan ia terletak jauh daripada pengunjung serta jemaah.

“Lengan kren mudah alih itu telah jatuh pada jam 2 petang (waktu tempatan) berhampiran Pintu 160 di kawasan projek peluasan Masjidil Haram fasa ketiga dan langkah segera telah diambil,” kata gabenor terbabit dalam satu kenyataan, sebagaimana dilaporkan Sinar Online.

Pihak berkuasa Arab Saudi turut menggesa orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang khabar angin terutamanya di media sosial.

Pada 11 September 2015, sekurang-kurangnya 107 jemaah terbunuh manakala 400 lagi cedera apabila sebuah kren runtuh berhampiran Masjidil Haram akibat cuaca buruk beberapa hari sebelum ibadah haji bermula.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");