Berita Hari Ini

Kumbang baharu ditemui di Sabah, dinamakan Leonardo DiCaprio

SHAH ALAM – Sejenis kumbang ditemui di Malaysia telah dinamakan bersempena nama pelakon Hollywood, Leonardo DiCaprio.

Dinamakan “Grouvellinus leonardodicaprioi”, kumbang itu adalah antara tiga spesies baharu ditemui sekumpulan saintis di kawasan air terjun di Maliau Basin, Sabah.

Ia ditemui dalam ekspedisi oleh Taxon Expeditions, berpangkalan di Belanda, dalam ekspedisi ke kawasan terpencil untuk mereka yang berminat dengan alam semula jadi dan sains.

Ekspedisi itu juga membantu mereka membuat penemuan saintifik, menurut keterangan di laman web Taxon.

Penemuan itu diumumkan dalam jurnal umum, ZooKeys.

Nama DiCaprio diambil kerana aktor itu aktif melakukan kerja-kerja amal dan konservasi alam sekitar, malah turut menubuhkan Yayasan Leonardo DiCaprio yang cukup giat menjalankan aktiviti pemuliharaan biodiversiti.

DiCaprio bagaimanapun bukan selebriti pertama diberi penghormatan seumpamanya. Kate Winslet, Donald Trump, Arnold Schwarzenegger antara yang pernah dijadikan inspirasi untuk menamakan serangga spesies baharu.

– Astro Awani

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");