Panasnya Hari Ini

Lampu berhias ceria markas parti politik

JERTIH – Jika selama ini orang ramai sudah biasa melihat pembinaan pelbagai rupa bentuk replika di markas atau pos-pos parti politik seperti replika kereta, kereta kebal, kapal, wau dan sebagainya, namun kali ini kreativiti berbeza ditampilkan.

Di markas-markas utama politik bertanding seperti Markas Besar Pas Dun Jertih dan Markas BN Bahagian Besut, kedua-duanya menggunakan lampu berpusing sebagai tarikan terbaharu kepada pengundi.

Pengerusi Portfolio Keselamatan BN Bahagian Besut, Mohd Sani Mohd Jahal berkata, BN Besut memasang lampu berpusing bersaiz besar bersebelahan Markas Gerakan BN Besut.

Menurutnya, kerangka dan binaan tersebut yang ditempah khas oleh seorang pengusaha di Kampung Gong Kemuntong digerakkan oleh motor yang menggunakan bekalan elektrik.

“Sebanyak hampir 100 biji mentol lampu LED berwarna biru digunakan untuk menjadikan lampu besar bercahaya dan terang.

“Usaha ini adalah satu tarikan kepada orang ramai dan boleh dilihat pengguna jalan raya bagi kedua-dua arah antara Kuala Terengganu- Kota Bharu,” katanya.

Mohd Sani berkata, suasana terang dengan warna kebiruan menjadikan kawasan tersebut kelihatan ceria khususnya waktu malam.

Sementara itu, sebanyak dua lampu berhias berwarna hijau turut dipasang di Markas Besar Pas Dun Jertih dekat Kampung Padang Luas.

Yang Dipertua Pas Kawasan Besut, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, pihaknya memasang satu lampu berbentuk bulat melambangkan bulan atau Pas.

“Lampu yang paling besar dihasilkan menggunakan 96 biji mentol LED manakala satu lagi lampu berpusing di atas pintu gerbang mengandungi 48 biji mentol.

“Pemasangan lampu julung kali ini adalah tarikan kepada masyarakat untuk memperlihatkan keceriaan dan melambangkan masa depan negeri ini apabila diperintah oleh Pas,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");