Jenayah

Lapan Peti Besi Di Seri Perdana Akan Dibuka

KUALA LUMPUR: Lapan peti besi yang dipercayai berada di kediaman rasmi bekas Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya kini sedang dalam proses dibuka.

Sumber memberitahu, dua tukang kunci ditugaskan untuk membuka peti-peti besi berkenaan sejak jam 12 tengah hari Jumaat dan proses itu masih berjalan.

“Siasatan sedang dijalankan, kita tidak boleh dedahkan sekarang,” kata sumber itu, sebagaimana dilaporkan BH Online.

Sementara itu, peti besi di kediaman Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini yang cuba dibuka pihak polis sejak semalam, akhirnya berjaya dibuka, pada Jumaat.

Peti besi berkenaan yang terletak di tingkat satu kediaman itu dibuka selepas usaha menggerudi dilakukan pihak polis dengan bantuan tukang kunci, sejak jam 8.30 pagi, Khamis.

Peti besi berkenaan terpaksa digerudi kerana keluarga Najib mendakwa kuncinya hilang dan tidak pernah dibuka sejak 20 tahun lalu.

Sumber memberitahu, usaha membuka peti besi berkenaan selesai kira-kira jam 4 petang Jumaat dan ia berisi sejumlah wang tunai, bagaimanapun dia tidak mendedahkan jumlahnya.

Setakat ini belum ada pengesahan daripada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.

Sementara itu, sebuah kenderaan membawa masuk pegawai dan anggota dari Bahagian Bantuan Teknikal (D6) dilihat masuk ke kediaman Najib, kira-kira jam 10 malam tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");