Perak Hari Ini

Lebih Ramai Ahli PPBM Akan Keluar Parti

SELAMA:Situasi pilihan raya umum makin panas apabila lebih ramai ahli pembangkang daripada Pakatan Harapan Negeri Perak dijangka menyertai Barisan Nasional (BN) dalam masa terdekat.

Malah dijangka beberapa kumpulan besar penyokong setia Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertindak keluar parti dan memilih BN sebagai perjuangan demi rakyat.

Bekas Ahli Jawatankuasa PPBM Larut, Baharom Mohd Radzi berkata, hari ini dia bersama dua rakannya mengisyhtiharkan keluar parti secara serta merta malah lebih ramai ahli PPBM akan mengikuti jejak langkahnya dan membantu BN pada Pilihan Raya Umum (PRU14) kali ini.

Katanya, lebih 100 orang ahli PPBM dari kampung halamannya di Kampung Repoh Batu Kurau,  akan menyertai BN dalam masa terdekat.

“Hari ini, saya bersama dua sahabat, Mohd. Basir Ismail, 65, dan Mohamad Azman Baharuddin, 42, mengumumkan keluar parti secara serta merta dan lebih 100 orang ahli PPBM dari Kampung Repoh akan mengikuti jejak langkah sama.

“Dengan izin Allah dalam masa terdekat, ada beberapa lagi kumpulan besar ahli PPBM lain akan bertindak keluar parti dan menyertai BN, seterusnya membantu jentera parti semasa proses berkempen,”  katanya di sini hari ini.

Semua mereka mengisytiharkan menyertai UMNO dalam satu Sidang Media yang dihadiri calon Barisan Nasional (BN) Larut, Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin di sini, hari ini.

Baharom berkata, dia dan ahli parti pembangkang bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan sikap Pengerusi PPBM Perak, Ahmad Faizal Azumu.

Menurutnya, Ahmad Faizal bersikap mementingkan diri sendiri dan tidak mahu menerima pandangan orang di bawahnya.

Jelasnya, selain tidak mahu berbincang mengenai keputusan yang mahu dibuat demi parti, Ahmad Faizal juga menjadikan agenda peribadi sebagai keutamaan termasuk memilih calon yang akan bertanding pada PRU kali ini.

Katanya, sebelum ini hanya kerana, Ahmad Faizal mempersoalkan siapa mereka untuk bertanyakan pasal dana, malah lebih teruk dia mengeluarkan kata-kata sinis ‘ingat duit turun dari langit?’ dia tidak sepatutnya dikatakan kepada ahli seperti mereka yang banyak berkorban termasuk mengeluarkan duit sendiri demi parti,” katanya.

Baharum turut mendakwa, pemimpin terbabit juga lebih mengutamakan kroni atau kenalan dan menidakkan kebolehan orang lain, selain turut mencantas sesiapa yang tidak berpihak kepadanya.

Katanya, bukan sahaja hilang kepercayaan, dia juga melihat banyak kepincangan di dalam ‘parti bunga’ tersebut.

“PPBM tidak pernah meninjau, apatah lagi berbincang untuk menyelesaikan masalah kami ketika ini terutama isu penyaluran dana.

“Lebih menyedihkan permasalahan dialami ahli akar umbi sudah disampaikan kepada kepemimpinan negeri, namun hingga kini masalah itu belum mendapat pencerahan.

“Apa yang kami lihat, hanya BN yang berupaya menguruskan sebuah parti besar dengan baik dan mempunyai hala tuju yang tepat bagi membela nasib rakyat serta mensejahterakan negara,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");