Sukan Hari Ini

Liga J Mohon Maaf Terbit Artikel Palsu Perpindahan Torres

ANDRES INIESTA mungkin sedia untuk menyertai Liga Jepun (Liga J) tetapi bekas rakan sepasukan Sepanyol, Fernando Torres, tidak akan bergabung dengannya.

Selepas legenda Barcelona, Iniesta, membuat kejutan dengan melengkapkan perpindahan ke Vissel Kobe minggu lalu, Torres dikaitkan dengan penghijrahan ke Sagan Tosu dalam liga utama Jepun.

Liga J hari ini menerbitkan sebuah artikel di laman web rasminya yang mengumumkan penyerang berusia 34 tahun itu telah menandatangani kontrak dengan Sagan- kelab yang sedang berhempas-pulas apabila berada di tangga kedua terbawah dalam liga selepas 15 perlawanan musim ini.

Bagaimanapun, mereka menarik semula artikel tersebut dan menerbitkan permohonan maaf.

“Hari ini di laman web rasmi Liga J, halaman mengandungi maklumat tidak tepat mengenai pemain yang menyertai Sagan Tosu disiarkan,” kata kenyataan itu, sebagaimana dinyatakan Stadium Astro.

“Kami memohon maaf kepada kelab Sagan Tosu, semua orang yang terlibat dengan kelab, peminat dan penyokong di atas kesulitan itu.

“Kami sedang menyiasat punca kesilapan itu dan kami akan melakukan yang terbaik bagi mengelakkan perkara itu berulang.”

Torres mengucapkan selamat tinggal kepada Atletico Madrid pada hari terakhir LaLiga musim ini, setelah menjaringkan gol ke-128 dan 129 untuk kelab zaman kanak-kanaknya itu ketika seri 2-2 menentang Eibar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");