Perak Hari Ini

Lompat Parti,Tak Ada Guna Ambil Tindakan- Pengerusi BN Perak

IPOH:Barisan Nasional (BN) Perak menerima pembentukan kerajaan negeri Perak yang diperkenan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah setelah Adun dari Barisan Nasional (BN) memberi sokongan mereka kepada Parti Keadilan Rakyat bagi membentuk kerajaan baru.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turut menyifatkan sebarang tindakan tidak berguna lagi kerana mereka telah membuat keputusan.

“Mereka tidak maklumkan tetapi saya menghormati keputusan apabila sesebuah parti cukup membentuk kerajaan kita hormati. Soal mereka ada prinsip tak berprinsip biarlah rakyat membuat penilaian.

“Pastinya terkejut malah mereka juga agak rapat, tetapi BN Perak akan terus berfungsi dari segi kekuatan yang ada kita boleh melihat sokongan dinamik daripada rakyat,” katanya.

Sementara itu berhubung keputusan pembentukan Negeri Perak yang diumumkan hari ini katanya semua pihak perlu bangkit, memperbaiki, kesilapan dan bermuhasabah diri sekiranya mempunyai kesilapan.

“Barisan Nasional (BN) yang memiliki 27 kerusi dewan undangan Negeri (DUN), jumlah hampir membolehkan kami membentuk kerajaan negeri menerima dengan hati terbuka keputusan yang telah dibuat oleh rakyat.

“Dalam tempoh tiga hari selepas hari mengundi BN mengambil pendirian terbuka berhubung soal pembentukan kerajaan negeri demi memastikan wujudnya kestabilan dalam Negeri Perak,” katanya dalam satu sidang media khas di kediaman Menteri Besar di sini hari ini.

Katanya, tindakan itu memandangkan tiada satu parti yang memperolehi sekurang-kurangnya majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri, BN sentiasa memastikan proses pembentukan kerajaan negeri dapat dijalankan mengikut lunas demokrasi, Undang-undang tubuh Negeri Perak dan perkenan oleh baginda Sultan.

Zambry turut mengucapkan terima kasih kepada para pengundi BN dan kepada jentera parti di atas pengorbanan anda semua pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) yang lalu.

“Saya mewakili BN menjanjikan wakil-wakil kami di DUN akan melaksanakan peranan demi sebuah negeri aman dan berjaya kepada seluruh rakyat negeri Perak mari kita pastikan keamanan, kestabilan serta keharmonian negeri terus terpelihara dan kepada kerajaan baru yang dibentuk selamat maju jaya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");