Perak Hari Ini

Lumut Catat Jumlah Pengundi Awal Teramai Di Perak

LUMUT: Parlimen Lumut merekodkan jumlah pengundi awal paling ramai di negeri Perak iaitu melibatkan 11,900 pemilih daripada 37,407 jumlah pengundi awal yang berdaftar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Perak.

Bagi Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dekat sini, ia melibatkan seramai 11,223 pemilih di dua pusat mengundi iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pangkalan TLDM dan (SK) Sekolah Rendah TLDM.

Suasana di kedua-dua pusat mengundi yang melibatkan 18 saluran itu tenang dan terkawal daripada sebarang insiden.

Pada sekitar jam 9.30 pagi, kelihatan kehadiran calon-calon yang bertanding bagi kerusi Parlimen Lumut dan DUN Pangkor, bagi meninjau suasana proses pengundian awal di sekitar pusat mengundi di Pangkalan TLDM, di sini, hari ini.

Mereka ialah, calon Barisan Nasional (Lumut dan Pangkor), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, calon PKR (Lumut) Dr Mohd Hatta Md Ramli, dan calon Pas (Lumut) Mohd Zamri Ibrahim.

Kesemua enam-enam pusat mengundi iaitu bagi tiga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang dan tiga lagi DUN Pangkor, dibuka tepat jam 8.00 pagi.

Di DUN Pasir Panjang, seramai 380 pemilih layak mengundi di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, Markas Operasi Pasukan Polis Marin, 88 di Kampung Acheh dan 129 pemilih berada di Bilik Mesyuarat, Stesen Komunikasi TLDM, Sitiawan.

Sementara itu, di DUN Pangkor, selain di Pangkalan TLDM, seramai 80 pemilih membuang undi awal di Ruang Pejabat Am, Balai Polis Pangkor.

Kesemua pusat mengundi dijangka tutup pada jam 5.00 petang ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");