Isu Panas

Mahathir tak ikhlas: Hishammuddin

JOHOR BAHRU – Niat Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menziarahi pusara bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat boleh dikatakan hanya sebagai propaganda politik semata-mata.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sekiranya tokoh negarawan itu benar-benar ikhlas mahu menziarahi kubur pemimpin pas berkenaan, dia boleh melakukannya selepas berakhir PRU ini.

Menurutnya, ia menjadi semakin mencurigakan apabila Tun Mahathir ketika masih bersama parti, tidak pernah menjejakkan kaki ke pusara ayahnya, Tun Hussien Onn yang pernah menggalas jawatan sebagai Presiden Umno satu ketika dahulu.

“Saya kata dia pun tidak pernah lawat kubur arwah ayah saya, jadi saya rasa keluarga arwah Nik Aziz memahami rasa yang sama, kerana dia kalau betul-betul ikhlas nak menziarahi makam Nik Aziz buatlah lepas PRU.

“Kalau presiden Umno, arwah ayah saya sendiri pun dia tidak pernah ziarah kenapa sekarang ini dia beriya-iya sangat. Itu boleh tanya dia sendirilah, tetapi daripada segi apa yang dia telah lakukan tidak nampak keikhlasannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Pemimpin Bersama Rakyat di PPR Kempas, di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, Tun Mahathir dikhabarkan mahu menziarahi pusara bekas pemimpin Pas tersebut namun hasratnya tidak dapat dilakukan kerana dihalang keluarga.

Perkara itu dilaporkan setelah seorang anak Allahyarham Nik Aziz, Nik Adli yang meminta pihak pengurusan tapak perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka mengunci pintu masuk makam bapanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");