Perak Hari Ini

Mamak Nasi Bungkus Satu! Roger…

IPOH:Seperti saban tahun, situasinya dan lokasinya pasti menjadi tumpuan buat ‘geng plastik hitam’, biarpun sudah ditegur dan diserbu pihak berkuasa nampaknya gaya masih berulang lagi puasa tahun ini.

Peraktoday membuat tinjauan ke lokasi terkenal yang tidak asing lagi di Ipoh ini nampaknya sudah mula aktif pada Ramadhan ke-12 ini.

Kehadiran beberapa buah kereta yang menunggu seakan ‘drive thru’ di hadapan sebuah restoran terkenal di bandaraya ini pada waktu tengah hari di bulan Ramadan cukup rancak.

Turut kelihatan beberapa individu lagaknya seperti ditugaskan memantau keadaan seolah ‘mata-mata’ memantau keadaan.

Pekedai pula cekap mengambil pesanan dan menghantar terus ke dalam kereta, yang menaiki motorsikal pun sama naik beratur sama di laluan lorong biasa berhampiran kedai.

Tinjauan seawal jam 11 pagi tadi mendapati beberapa buah kereta sedia menanti tempahan ‘menu istimewa’ dari restoran ini.

Kelihatan pelayan restoran pula menghantar bungkusan ke dalam setiap kereta yang sedia dan sabar menanti itu.

Seperti kebiasaan kebanyakkan pelanggan hanya perlu menanti ‘juadah istimewa’ dan tidak perlu keluar dari kereta masing-masing apabila pekerja kedai tersebut sudah bersedia dengan ‘bungkusan’ tersebut.

Biarpun pihak berwajib sudah memberi teguran dan tindakan namun sudah ada orang Islam yang berani membeli makanan pada waktu siang tanpa segan silu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");