Sukan Hari Ini

Man United Kelab Paling Bernilai Dunia

PARIS: Manchester United mengakhiri kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga kedua musim ini tetapi kelab gergasi Inggeris itu mengisi carta teratas berdasarkan nilai keseluruhan, menurut laporan firma perakaunan, KPMG, hari ini.

Nilai keseluruhan kelab diberi julukan Red Devils itu meningkat lima peratus berbanding 2017 iaitu 3.2 bilion euro (RM14.9 bilion), peningkatan daripada 3.1 bilion euro (RM14.4 bilion) mengatasi dua gergasi Sepanyol, Real Madrid 2.9 bilion euro (RM13.5 bilion) dan Barcelona 2.8 bilion euro (RM13 bilion).

“Kami menghitung aset setiap kelab, jika mereka memiliki stadium misalnya, nilai pemain, tetapi juga nilai jenama atau imej dengan kontrak pengiklanan dan jangkauan mereka di rangkaian sosial,” kata Ketua Penasihat Sukan di KPMG, Jacques Boussuge.

Daripada 32 kelab Eropah yang dinilai, Bayern Munich menduduki tempat keempat dengan 2.55 bilion euro (RM11.9 bilion) manakala gergasi Itali, Juventus di tangga kesembilan dengan 1.3 bilion euro (RM6.07 bilion).

Kelab Perancis, Paris Saint-Germain di kedudukan ke-11 dengan anggaran nilai 1.14 bilion euro (RM5.32 bilion).

“PSG sedang berkembang … tetapi ia memerlukan masa dan ia dibataskan oleh peraturan permainan adil,” kata Boussuge, sebagaimana dilaporkan BH Online.

Secara keseluruhan, nilai kewangan 32 kelab berkenaan dianggarkan mencapai 32.5 bilion euro RM151.9 bilion) yang juga peningkatan 9 peratus berbanding 2017.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");