Perak Hari Ini

MB Perak Alu-alukan Polis Siasat Tindakan ‘NGO’ Serbu Kedai Serbaneka di Manjoi

IPOH: Kerajaan Negeri Perak mengalu-alukan siasatan pihak polis berhubung tindakan sekumpulan lelaki yang memasuki sebuah kedai serbaneka di Kampung Gugusan Manjoi, dekat sini dan memaksa menghentikan penjualan minuman keras, beberapa hari lalu.

Dalam satu kenyataan, Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata, rakyat seharusnya seiring dengan asas perlembagaan negara iaitu memelihara kedaulatan undang-undang.

Jelasnya, jika terdapat sebarang rasa tidak puas hati, ianya boleh diajukan kepada saluran yang betul dan bukannya bertindak sendiri.

Terdahulu, media tempatan melaporkan telah berlaku sedikit kekecohan dalam sebuah kedai serbaneka apabila dikatakan satu badan bukan kerajaan (NGO) memaksa kedai tersebut mengosongkan peti minuman keras yang dijual dalam premis.

Dalam video yang tular di Facebook jelas kelihatan sekumpulan pemuda dirakam mengelilingi seorang pekerja yang sedang mengosongkan peti arak.

Dikatakan tindakan tersebut diambil ‘sebagai langkah’ mencegah penjualan minuman keras di kawasan penduduk yang bermajoriti masyarakat Melayu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");