Perak Hari Ini

MB Perak Bersahur Bersama Masyarakat Setempat, Askar, Anak-Anak Yatim

TAPAH: Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu pagi tadi berkesempatan hadir bersahur bersama para jemaah dan penduduk kampung setempat di Masjid Al Mukmin, Kampung Batu 3 Jalan Pahang, dekat sini.

Turut diraikan, para anggota Batalion Ke-4 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Tapah dan lebih 20 orang anak-anak yatim dari Madrasah Tarbiah Islamiah, Sungai Gading serta Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN, Kampung Jalan Kachu.

Usai berbuka puasa, para tetamu yang hadir kemudiannya menunaikan sembahyang subuh berjemaah di masjid berkenaan.

Ahmad Faizal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang difaham akan mengadakan beberapa pertemuan tertutup dengan ketua-ketua jabatan di kawasannya, hari ini.

Pada sebelah petang, beliau juga dijadualkan akan mengadakan program dialog bersama mangsa-mangsa banjir Kampung Pahang, di sini.

Selepas itu, Ahmad Faizal dijangka akan hadir ke majlis berbuka puasa bersama penduduk setempat di Hutan Lipur Lata Kijang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");