Perak Hari Ini

MB Perak Yakin Calon Parit Buntar Mampu Beri Kemenangan 

PARIT BUNTAR:Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yakin dengan pemilihan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Parit Buntar bagi memenangi pilihan raya umum ke-14 kali ini.

Menurutnya berdasarkan pengalaman ketiga-tiga calon iaitu Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan selaku bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan kepakaran calon BN kerusi Dun Titi Serong, Norsalewati Mat Norwani dan calon BN Kerusi Dun Kuala Kurau, Shahrul Nizam Razali pastinya mampu memberi impak pembangunan baru di Parit Buntar serta kawasan sekitarnya kelak.

“Saya berada di kawasan Daerah Kerian untuk membuat tinjauan sempena pilihan raya di Parit Buntar dan Bagan Serai, sambutan dan penerimaan ditunjukkan rakyat jelata kawasan ini begitu baik sekali sekaligus tahap dokongan serta dapat memberi keputusan baik kepada BN,” katanya selepas merasmikan Dataran Amanjaya Simpang 5 Parit Buntar di sini hari ini.

Katanya, berdasarkan pemilihan calon yang baik serta kepakaran Abdul Puhat yang mempunyai pengalaman pentadbiran dan pengurusan tentunya akan membawa manfaat kepada penduduk Parlimen itu kelak.

“Kita mahu pembangunan dan perancangan lebih menyeluruh di Parit Buntar walaupun ia dibangunkan melalui pendekatan BN dan dengan adanya wakil rakyat yang berwibawa tentunya dapat memberi impak yang lebih baik dan positif kepada kawasan seluruhnya.

“Saya mempunyai keyakinan ini kerana pemilihan calon berdasarkan pengalaman yang mereka ada,” katanya.

Abdul Puhat merupakan calon BN bagi kerusi Parlimen Parit Buntar yang juga merupakan calon baru yang bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");