Berita Hari Ini

Mengundilah secara matang, rasional esok: MCCF

SHAH ALAM – Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) menasihati para pengundi supaya menjalankan tanggungjawab esok dengan matang dan rasional bagi memilih wakil Dun serta Parlimen di kawasan mereka.

Pengerusinya, Halim Ishak berkata, MCCF yakin rakyat Malaysia pada hari ini bijak memilih calon untuk mewakili dan menyampaikan isu-isu serta masalah-masalah yang memerlukan perhatian dari pemimpin negeri atau negara.

“Suka saya mengingatkan kepada semua pengundi agar menjalankan tanggungjawab ini dalam suasana aman, harmoni dan semangat perpaduan berpaksikan kepada amalan demokrasi sihat.

“Tidak kira siapa pun yang menang dalam keputusan PRU14, kita sebagai rakyat perlu menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka dan memastikan perpaduan kaum dan kesejahteraan negara terpelihara,” katanya.

Dalam pada itu Halim menasihati calon-calon dan penyokong-penyokong parti yang bertanding supaya berkempen dengan berhemah dan tertib dalam usaha meraih undi di saat-saat akhir hari ini.

“Dari awal proses kempen sehingga saat keputusan diumumkan, ianya akan membawa nilai kematangan dan sikap profesional rakyat Malaysia dengan melambangkan budaya kesopanan dan kesusilaan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");