Berita Hari Ini

Mesej Nurul Izzah Bakal Kahwini Agong Adalah Palsu

PETALING JAYA – Nurul Izzah Anwar menafikan mesej palsu yang tular di media sosial yang mengatakan beliau akan berkahwin dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Memetik laporan Mstar Online, Naib Presiden PKR ketika dihubungi melalui WhatsApp semalam, menolak dakwaan tersebut dan berkata ada perkara yang lebih penting perlu diberi perhatian.

“Tolong abaikan berita palsu yang disebar. Terima kasih.

“Marilah kita semua memberi tumpuan kepada kerja-kerja yang ada – menyelamatkan ekonomi Malaysia,” katanya, sebagaimana dilaporkan Sinar Online.

Pada Khamis lepas (24 Mei), ibu bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menemui bonda Sultan Muhammad V, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid di Istana Mahkota di Kubang Kerian.

Lawatan itu yang pertama untuk Wan Azizah ke Kelantan selepas diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ia adalah pertemuan tertutup yang berlangsung selama sejam.

Walau bagaimanapun, mesej tular itu memutar fakta dan mengatakan bahawa Anwar dan Wan Azizah telah bertemu dengan Raja untuk membincangkan perkahwinan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");