Perak Hari Ini

Mesej Palsu Pengundi Lumut Bakal Terima Wang: Zambry Sifatkan Ia Taktik Kotor

MANJUNG: Tindakan menyebarkan mesej palsu yang mendakwa kononnya calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Lumut dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor akan memberikan sumbangan wang kepada pengundi pada petang ini dilihat sebagai salah satu strategi jahat pihak tertentu.

Tegas Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, ianya juga sebagai salah satu langkah pihak yang tidak bertanggungjawab yang bertujuan mahu mencemarkan proses perjalanan Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14).

“Ini satu tindakan kotor yang dilakukan kalangan mereka ini, bagi mencemarkan proses perjalanan pilihanraya kita.

“Apabila mesej itu tersebar, dengan sendirinya mereka akan menggerakkan ramai orang untuk ke kediaman saya, dan akan mengambil gambar. Ini adalah permainan dan pendekatan jahat mereka,” katanya.

Tambahnya, pihak pembangkang gemar mewujukdan keadaan yang hingar-bingar dalam kalangan masyarakat selain menyeru agar orang ramai tidak mempercayai mesej palsu yang tersebut.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika di temui di Bilik Gerakan BN Parlimen Lumut, dekat sini, pada Selasa.

Hadir sama, calon BN DUN Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim.

Difahamkan awal pagi tadi telah tular satu mesej palsu menerusi aplikasi  Whatsapp di sekitar Lumut yang mengatakan kononnya Menteri Besar akan memberikan sumbangan wang kepada pengundi Parlimen Lumut di kediamannya, di sini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");