AMSTERDAM – NETHERLANDS: Penyiasat antarabangsa yang menyiasat insiden pesawat MH17 ditembak jatuh mendedahkan buat pertama kali, hari ini bahawa misil yang digunakan ketika kejadian itu adalah milik tentera Rusia.
Penyiasat Belanda, Wilbert Paulissen berkata, Pasukan Siasatan Bersama telah membuat kesimpulan BUK-TELAR yang menembak jatuh pesawat Mas itu dilancarkan Briged Antipesawat 53 berpangkalan di Kursk di Rusia.
Menuruy Sinar Online, beliau membuat pendedahan itu ketika mengumumkan keputusan sementara siasatan jangka panjang ke atas insiden tersebut dalam sidang media di Netherlands.
Pesawat terbabit dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia ditembak di ruang udara di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 dan turut mengorbankan kesemua 298 penumpang.