Berita Hari Ini

Mohamad Sabu Teruja Balik Kampung Naik Pesawat Tentera

PETALING JAYA: Menteri Pertahanan Mohamad Sabu teruja apabila menaiki pesawat pengangkut tentera A400M ke negeri kampung halamannya, Pulau Pinang.

Memetik laporan media tempatan, Mohamad berkata pengalaman menaiki pesawat tentera suatu pengalaman istimewa kerana sejak kecil dia selalu mendengar bunyi pesawat tentera berlepas dan mendarat kerana rumahnya terletak berhampiran pangkalan udara Butterworth.

“Saya tinggal tidak jauh dari sini. Bila datang sini, saya rasa bangga kerana dapat pulang ke kampung halaman. Saya pernah naik kapal terbang tentera sebelum ini, tapi hari ini naik kapal terbang yang baik. Mendarat pun tak goyang,” katanya.

Mohamad berlepas ke Pulau Pinang bersama isteri, Normah Alwi, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Affendi Buang untuk berbuka puasa bersama warga tentera di pangkalan udara itu.

Ini kunjungan sulungnya ke pangkalan udara Butterworth.

Mohamad berkata, beliau akan mengekalkan “cara Mat Sabu” di luar waktu bertugas terutama ketika bertemu masyarakat.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");