Perak Hari Ini

Mohon Siasat Kenyataan Ketua MIC Gopeng

IPOH – Polis digesa untuk menyiasat kenyataan daripada seorang pemimpin MIC Bahagian Gopeng yang didakwa berbaur hasutan terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seri Botani, M Manimaran, 38, berkata, kenyataan dalam bentuk audio itu tular di laman sosial khususnya menerusi aplikasi WhatsApp.

Menurutnya, antara kandungan audio itu mendakwa Mahathir menghancurkan kemajuan kaum India di negara ini.

“Selain itu, kenyataan itu turut menyebutkan Tun M tidak berbuat apa-apa  pun untuk kaum India  di negara ini.

“Dan pada usia sebegini (93 tahun), Tun M tidak seharusnya terlibat lagi dengan politik,” katanya .

Manimaran berkata demikian setelah membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Ipoh, kelmarin.

Sementara itu, Manimaran turut meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat kenyataan beberapa pemimpin MIC Bahagian Gopeng itu baru-baru ini.

Katanya, antara kenyataan itu termasuklah BN akan menawan semula Perak dalam tempoh tiga bulan lagi.

“Kita harap SPRM dapat menyiasat pemimpin MIC Bahagian Gopeng ini berhubung kenyataan tersebut,” katanya.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");