Membawang Hari Ini

Mulan Tampil Bertudung, Jual Baju Lama

PEMERGIAN penyanyi terkenal Indonesia, Mulan Jameela ke negara Palestin April lalu, menjadi titik tolak buatnya untuk mengenakan hijab.

Menurut Mulan, niat untuk berhijrah dan mahu kekal berhijab ditunaikan tiga hari sebelum kedatangan Ramadan.

Meskipun ada kalangan netizen Indonesia mendakwa perubahannya itu hanya kerana ketibaan bulan Ramadan, namun isteri kepada penyanyi dan pengasas kumpulan Dewa, Ahmad Dhani ini menyangkal dakwaan tersebut.

Menurut Mulan, dia tekad dengan keputusannya dan akan terus memakai tudung, biarpun selepas Ramadan nanti.

Bahkan demi menunjukkan keseriusannya, bekas rakan duet Maia Estianty itu berniat untuk melelong baju-bajunya yang ketat dan seksi.

“Ya, selepas ini saya akan melihat dan menyusun kembali, banyak baju-baju ketat dulu, yang tidak akan dipakai lagi.

“Jadi lebih baik saya lelong baju tersebut,” katanya sebagaimana dilaporkan Sinar Online.

Penghijrahan Mulan mendapat pelbagai reaksi postif peminatnya yang rata-rata mendoakan agar penyanyi yang pernah popular dengan lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi ini mudah-mudahan terus istiqamah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");