Berita Hari Ini

Musa Aman Dipercayai Tiada Di Sabah

KOTA KINABALU: Polis Sabah masih giat mengesan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman untuk diambil keterangan susulan laporan polis yang dibuat oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada 14 Mei lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, sehingga hari ini Musa yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu masih belum tampil memberi keterangan.

“Beliau (Musa) belum hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan.

“Maklumat yang diperoleh setakat ini mendapati Musa dipercayai tiada di Sabah,” katanya sebagaimana dilaporkan Kosmo Online, hari ini.

Bagaimanapun, Ramli enggan menggulas lanjut lokasi Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga itu berada.

Pada masa sama, tiada waran tangkap dikeluarkan terhadap Musa pada ketika ini.

Terdahulu, seramai sembilan saksi termasuk Juhar telah tampil memberi keterangan sepanjang siasatan dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Media pada 20 Mei lalu melaporkan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin membuat laporan polis mengenai terhadap Musa.

Laporan polis tersebut dipercayai dibuat susulan daripada tindakan Musa menfailkan writ saman untuk mengekalkan jawatan Ketua Menteri yang disandangnya di Istana Negeri pada 10 Mei lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");