Perak Hari Ini

Musim Pilihan Raya Pembangkang Baru Muncul Jumpa Rakyat

LENGGONG:Semua parti terutama pembangkang pastinya akan muncul dan menggunakan pendekatan mendekati dan menyantuni rakyat malah terdapat juga jenis datang dan pergi menjelang Kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad berkata sebaliknya pendekatan menyantuni rakyat sudah menjadi rutin kebiasaan yang dilakukan pihak Barisan Nasional (BN).

“Pihak pembangkang hanya mengunakan pendekatan menyantuni rakyat apabila musim pilihan raya semata, mereka akan menggunakan pendekatan ini ada juga yang datang dan pergi.

“Bila pilihan raya baru nk bersantun dengan orang susah sebaliknya kita boleh dikatakan setiap hari kerajaan BN berjumpa dengan pengundi selepas PRU-13 lagi,” katanya selepas hadir pada program singgah santai@Pasar Tani Lenggong dan program Jimat Belanja Dapur (JBD) anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) hari ini.

Hadir sama Pengarah FAMA Negeri Perak Basri Jasmo.

Beliau yang juga calon BN bagi kerusi Dun Kota Tampan turut beramah mesra dengan penduduk tempatan dan pengundi sekitar Lenggong.

Mengulas mengenai gerak kerjanya bagi tempoh berkempen PRU-14 ini jelas Saarani jentera hanya melakukan menambahbaik lawatan kawasan seperti kebiasaan yang dijalankan kepada mengalas tugas sebagai Adun Kota Tampan pada penggal lalu.

“BN bukan hanya parti untuk pilihan raya adalah parti yang memberi perkhidmatan pada setiap masa waktu tak susah jumpa orang selepas pilihan raya kita terus memberi perkhidmatan jadi kita jumpa orang setiap hari.

“Sebagai wakil rakyat juga saya akan berada di Lenggong setiap hari Jumaat dan Sabtu saya akan pusing pekan sehari, buka pusat khidmat bagi bertemu orang ramai.

“Bila datangnya pilihan raya ini saya punya jentera hanya untuk nak menambahbaik dan mengulangi rutin itu jadi kita bergerak dari rumah ke rumah, pintu ke pintu kedai,kampung anjurkan ceramah serta buat program khas untuk menarik pengundi muda,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");